wellcome

★●●●★““Merangkai kata berbagi cerita dalam sebuah wadah


Menyibak misteri kata ,mencari makna yang tersembunyi di sebalik lentik tarian jari

Kata megukir nyanyian jiwa,,berbagai rasa yang tersirat


Misterihati terpatri tiada yang mampu memaknai,Tangisan jiwa dalam bahagia ,gejolak rasa di kala gembira


Melara duka,rintihan pilu,ratapan sedih tika hati teruji tertuang dalam wadah kasih”” ★●●●★
'




☆ΩWellcome to my blog Ω☆



Minggu, 05 Desember 2010

warkah



Adam...
Maafkan aku jika coretan ini
memanaskan hatimu.

Wahai Adamku...
Aku asalnya dari tulang
rusukmu yang bengkok. Jadi,
tidak heranlah jika perjalanan
hidupku sentiasa inginkan
bimbingan darimu tatkala aku
sentiasa mau tergelincir dari
landasan... kerana aku buruan
syaitan.

Adam...
Maha suci Allah yang
mentakdirkan kaumku lebih
ramai bilangannnya dari
kaummu di akhir zaman,
itulah sebenarnya ketelitian
Allah dalam urusan-Nya. Jika
bilangan kaummu mengatasi
kaumku nescaya merahlah
dunia kerana darah manusia,
kacau balaulah suasana
kerana Adam sama Adam
bermusuhan kerana Hawa.

Buktinya cukup nyata dari
peristiwa Habil dan Qabil
sehinggalah pada zaman cucu-
cicitnya. Pun jika begitu maka
tidak seimbang undang-
undang Allah yang
mengharuskan Adam beristeri
lebih dari satu tapi tidak lebih
dari empat pada satu waktu.
Adam...
Bukan kerana ramainya
isterimu yang
membimbangkan aku. Bukan
kerana sedikitnya bilanganmu
yang merisaukan aku.
Tetapi... aku risau, gundah
gulana menyaksikan
tingkahmu. Aku sejak dulu
lagi sudah tahu bahwa aku
mesti tunduk ketika menjadi
isterimu. Namun... terasa
berat pula untukku
menyatakan isi perkara.

Adam...
Aku tahu bahwa dalam Al-
Quran ada ayat yang
menyatakan kaum lelaki
adalah menguasai terhadap
kaum wanita. Kau diberi
amanah untuk mendidik aku.
Kau diberi tanggungjawab
untuk menjaga aku,
memerhati dan mengawasi
aku agar sentiasa di dalam
redha Tuhanku dan Tuhanmu.

Tapi Adam, nyata dan rata-
rata apa yang sudah terjadi
pada kaumku kini. Kami
dibiarkan terumbang-ambing
tanpa haluan, malahan
engkau juga mengambil
kesempatan atas
kelemahanku.
Dimana
perginya keadilanmu?
Asalnya Allah menghendaki
aku tinggal tetap di rumah.
Aku akur asalkan aku keluar
dari rumah, seluruh tubuhku
mesti ditutup dari hujung kaki
sampai hujung rambut... tetapi
realitinya kini, Hawa telah
lebih dari semestinya.
Adam..
Mengapa kau biarkan aku
begini?
Apakah kau sekarang tidak
lagi seperti dulu?
Apakah sudah hilang kasih
sucimu terhadapku?
Adakah akhlak kaum Adam
boleh dijadikan contoh
terhadap kaum Hawa?

Adam...
Kau sebenarnya Imam dan
aku adalah makmummu. Aku
adalah pengikutmu kerana
kau adalah ketuaku.
Jika kau benar, maka benarlah
aku. Jika kau lalai, lalailah
aku.
Kau punya kelebihan akal
manakala aku kelebihan
nafsu. Akalmu sembilan,
nafsumu satu.
Aku ? Akalku
satu, nafsuku sembilan.
Oleh itu

Adam...pimpinlah,
bimbinglah aku kerana aku
sering lupa, lalai dan alpa
sehingga aku tergelincir
didorong oleh nafsu dan
sekutunya.
Bimbinglah daku untuk
menyelami kalimah Allah.
Perdengarkanlah daku
kalimah syahdu dari ALLAH
agar menerangi hidupku.
Tiuplah ruh jihad ke dalam
dadaku agar aku menjadi
mujahidah kekasih Allah.

Adam...
Andainya kau masih lalai dan
alpha dengan tingkahmu
sendiri, masih segan mengikut
langkah para sahabat, masih
gentar mencegar munkar,
maka kita tunggu dan lihatlah,
dunia ini akan hancur bila
kaumku yang akan
memerintah.
Malulah engkau
Adam, malulah engkau pada
dirimu sendiri dan pada
Allah yang Agung.
Maafkan aku sekali lagi
Adam...
Andainya warkah yang ku
layangkan ini menimbulkan
amarah di dadamu. Jauh sekali
niatku untuk membuat kau
keliru apatah lagi menjadi
buntu.
Waspadalah Adam...
Andai auratku
terdedah...andai suaraku
mengatasimu... andai langkah
seiringmu...andai maruahku
dirobek maka engkaulah yang
bakal membawaku kepada
kebenaran.
Usah dipersalahkan Hawa
lantaran tewas mengemudi
bahtera andai si Adam masih
lena dlm mimpi...
Tetapi percayalah!!! Bukan
emas yang kucari...bukan
berlian yang kupinta...
tetapi...hanyalah hati yang
tulus ikhlas darimu...
Adam...
Dengarlah...keluhan hatiku
buat dirimu...
Ikhlas dari Hawa abad ini...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar